Uda's n Dara's ,, TQ cz be my follower,, harap ya boleh kenal kamu semua dengan lebih rapat!!

Wednesday 25 December 2013

HUKUM ORANG ISLAM MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN UCAPAN SELAMAT BERSEMPENA PERAYAAN AGAMA BUKAN ISLAM

HUKUM ORANG ISLAM MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN UCAPAN SELAMAT 

BERSEMPENA PERAYAAN AGAMA BUKAN ISLAM
:

credit to : Oh! Media

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia 

Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam 


Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. 


Muzakarah telah memutuskan bahawa:


1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan 

perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf 


agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh 


Islam.


2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar 

kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan 


perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.


3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-

alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya 


kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan 


syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta 


tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman 


ucapan tersebut.


Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-mengucapkan-

tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-


No comments: