Uda's n Dara's ,, TQ cz be my follower,, harap ya boleh kenal kamu semua dengan lebih rapat!!

Monday 18 November 2013

"saya nak jumpa awak..." Aku seorang lady #2#

Aku seorang lady
#2#

Hmmm.. hari ni pun aku tak nampak dia. Teringin sangat nak tengok muke dia, walaupun dari jauh. Tapi dah memang tertulis kut, aku memang tak ada rezeki untuk bersua muka dengan dia after hari sabtu baru ni. Cuma dengan kawan dia saja yang aku terserempak di café petang semalam after jog.

Tapi………… aku terfikir jugak, kalau aku jumpa dia, apa yang aku nak borakkan dengannya? Apa yang aku nak cakap? Takkan nak duduk saja. Kalau macam tu lebih baik jangan jumpa. Aku pelek dengan diri aku sendiri. Aku pernah fikir yang aku ni dah kenapa? Mungkin hati and fikiran aku ni dah tak betul kot. Sebab, after history yang lalu, aku dah susah nak suka kan orang sampai macam ni sekali. Even kawan baik ku sendiri. Sampaikan aku tak ada perasaan nak couple. Pelekkan? Selalunya remaja pada umur aku, memang tidak boleh lekang dengan pasangan sendiri. Tapi tak bagi aku. Jika ada pasangan, pergerakanku dan juga pandangan ku akan terbatas. Termasuk juga cara pergaulanku will be different too. So, sebab itu lah aku tak terfikir untuk couple-couple ni. Sometime aku rasa bosan dan meluat bila tengok some couple duduk rapat-rapat, pegang tangan. Kan kamu bukan muhrim, kenapa nak buat macam tu?

Selain tu jugak, aku ni jenis yang suka capai apa matlamatku dulu. Matlamatku adalah untuk mendapat high score in my semester left ni. Nak dapat moto kesukaan ku, 600 cc or 1000cc seperti Valentino Rossi. Dan nak dapat kerja di Singapore. That was my matlamat untuk sekarang. Then apabila semua ‘mende alah’ tu aku masih belum tercapai, so memang susah lah hati aku nak terbuka untuk menda lain atau somebody else. Abahku turut pernah menasihatiku supaya jangan bercinta waktu berlajar, tapi hati aku kala ini macam susah nak dengar cakap. Susah pulak nak ikut plan yang aku sendiri dah rancanakan. Ini yang membuatkan ku peneng kepala memikirkan hal ni.


But apa-apa pun.. still,,,,, kalau boleh,, saya nak jumpa awak.  

p/s: gambar dan cerpen, tiada kena mengena. harap maklum. tq

Saturday 16 November 2013

cerpen: aku seorang lady

Aku seorang Lady
Aku seorang lady~
Aku bertudung bukan bermakna aku seorang yang santun,
Aku bertudung bukan bermakna aku seorang yang terlalu bersopan,
Aku bertudung kerana imanku
Dan aku juga punya hati, yang harus dijaga oleh mu…
                                                            Wahai kaum adam~~~

            Aku seorang lady. Kalau nak diikutkan dari gerak geri aku, aku ni bukanlah lembut sangat orangnya. Malah aku bukannya seperti wanita lain yang bisa membuat kerja rumah dengan perfect. Aku ni seorang perempuan yang lagak hidup hanya seperti sempoi dan selambe. Tapi jauh sekali seperti tomboy, atau lelaki. Kalau diikutkan memang susah orang lain nak tengok aku berpakaian seperti wanita lain. Plus, aku juga seorang siswi di salah sebuah university di Malaysia ni yang menekankan ‘aspek’ skema dalam cara pemakaian.  Untuk aku mengenakan baju kurung di badanku memang susah, sampaikan roommate aku dah penat lidah menasihatiku untuk memakai baju tradisi kaum ku sendiri. Bukannya aku tidak suka atau aku tiada baju kurung. Sebenarnya di dalam almari pakaianku dirumah, banyak baju kurung yang telah digantung kemas, tapi ianya biasa dipakai apabila menjelang raya dan kenduri sahaja. Maka, dari perspektif orang lain, khususnya kaum adam, aku rasa aku bukanlah calon pilihan mereka untuk di jadikan suri dalam hati, kerna aku tidak berapa mempunyai ciri-ciri sebagai wanita mitsali. Tapi itu tidak bermakna hatiku boleh dirabak dengan perkataan dan perbuatan mu.

            Sebenarnya hal ni, membuatkan aku terfikir, bagaimana untuk aku serlahkan diri ku dimata kaum adam. Bukan untuk menggoda atau mengiurkan mereka dengan lagak keperempuananku, tapi untuk memberi tahu mereka bahawasanya aku juga punya hati seperti wanita lain. Yang harus dijaga dengan penuh kasih sayang. Dalam masa yang sama aku juga terfikir, adakah aku berfikiran begini kerana umurku sudah masuk kealam kematangan bagi seorang perempuan ataupun hanyalah satu persoalan yang tiba-tiba muncul dikelapangan waktu. Tapi aku tak dapat nak merongkai pertanyaan itu sendirian ketika ini.
                     Anyway, sekarang ni aku sedang mengalami sesuatu perasaan yang lain. Sebenarnya aku sukakan seseorang. Tapi aku tak mempunyai keberanian untuk menyatakan hal itu kepada tuan badan, sebab aku sendiri tidak pasti samaada perasaan ini bersifat hanya sementara, iaitu hanya suka-suka, atau perasaan ini akan tertanam lama sehingga ia menumbuhkan rasa cinta kepada lelaki itu. Tambahan pula aku yakin bahawa lelaki tersebut menyimpan perasaan pada rakan kelasku. Lagi pun mereka sudah lama berkenalan, sejak dibangku sekolah. Walaupun rakanku itu menyatakan bahawa dia tidak menyimpan perasaan pada lelaki tersebut, tapi dalam hati si jejaka, siapa yang tahukan.. hemmm aku sudah banyak kali menyatakan,,, ‘alangkah seronoknya jika lelaki itu juga menyukakan aku’. Tapi apakan daya, apabila aku kenangkan kembali tingkah laku ku yang tidak berapa seperti wanita lain, membuatkan aku hanya mampu berdoa dan simpan rasa itu, dalam-dalam.. jauh disudut hati.


Aku juga tidak berani untuk memasang niat untuk rapat dengannya lebih dari seorang kawan. Mungkin disebabkan caraku yang sempoi ini, lagian pula, rakan baikku seorang lelaki yang ku kenal semenjak ditingkatan 6 lagi, turut menyatakan “ kau perempuan ke?” hal ini telah menambahkan lagi ketidakyakinan ku untuk berterus terang. Memang benar, jika dilihat dari sudut pemakaian, aku tidak lah seperti lelaki atau si tomboy yang ingin menjadi lelaki, tapi gerak gayakan apabila bercakap dan berjalan, nampak seperti si kasar yang menyarungi jasat seorang perempuan. Dilemma ini akan terus bersarang dalam benakku sehingga lah aku punya jawapan dari si dia itu sendiri. Sekian. 


Friday 8 November 2013

feel great when get to finish this...^^ my wolf costume

assalamualaikom. hi all... kipassusahmati whatsup?? today i wanna share my photo with my wolf costume. yeahhh i know, this all not look like really costume, plus i'm not a super model to work and post to get a beautiful photo. i'm just ordinary gurl.. so dont expect to much yooo... huhu okeh... lets see this... 

 

 

 
too many emo face i make,,, haha  i tot wanna make sad face, but i cant... = =' yeahhh,, i know why, because i'm was not a model. okeh i know that,,, haha but who care..., :p actually this costume i make for my roll play. that was for group assignment ... 
this was my febret photo.... can u see the wolf eyes... haha

so that all for today,, thanks for visit... ja~ matta minasan (byebye)