Uda's n Dara's ,, TQ cz be my follower,, harap ya boleh kenal kamu semua dengan lebih rapat!!

Saturday 16 November 2013

cerpen: aku seorang lady

Aku seorang Lady
Aku seorang lady~
Aku bertudung bukan bermakna aku seorang yang santun,
Aku bertudung bukan bermakna aku seorang yang terlalu bersopan,
Aku bertudung kerana imanku
Dan aku juga punya hati, yang harus dijaga oleh mu…
                                                            Wahai kaum adam~~~

            Aku seorang lady. Kalau nak diikutkan dari gerak geri aku, aku ni bukanlah lembut sangat orangnya. Malah aku bukannya seperti wanita lain yang bisa membuat kerja rumah dengan perfect. Aku ni seorang perempuan yang lagak hidup hanya seperti sempoi dan selambe. Tapi jauh sekali seperti tomboy, atau lelaki. Kalau diikutkan memang susah orang lain nak tengok aku berpakaian seperti wanita lain. Plus, aku juga seorang siswi di salah sebuah university di Malaysia ni yang menekankan ‘aspek’ skema dalam cara pemakaian.  Untuk aku mengenakan baju kurung di badanku memang susah, sampaikan roommate aku dah penat lidah menasihatiku untuk memakai baju tradisi kaum ku sendiri. Bukannya aku tidak suka atau aku tiada baju kurung. Sebenarnya di dalam almari pakaianku dirumah, banyak baju kurung yang telah digantung kemas, tapi ianya biasa dipakai apabila menjelang raya dan kenduri sahaja. Maka, dari perspektif orang lain, khususnya kaum adam, aku rasa aku bukanlah calon pilihan mereka untuk di jadikan suri dalam hati, kerna aku tidak berapa mempunyai ciri-ciri sebagai wanita mitsali. Tapi itu tidak bermakna hatiku boleh dirabak dengan perkataan dan perbuatan mu.

            Sebenarnya hal ni, membuatkan aku terfikir, bagaimana untuk aku serlahkan diri ku dimata kaum adam. Bukan untuk menggoda atau mengiurkan mereka dengan lagak keperempuananku, tapi untuk memberi tahu mereka bahawasanya aku juga punya hati seperti wanita lain. Yang harus dijaga dengan penuh kasih sayang. Dalam masa yang sama aku juga terfikir, adakah aku berfikiran begini kerana umurku sudah masuk kealam kematangan bagi seorang perempuan ataupun hanyalah satu persoalan yang tiba-tiba muncul dikelapangan waktu. Tapi aku tak dapat nak merongkai pertanyaan itu sendirian ketika ini.
                     Anyway, sekarang ni aku sedang mengalami sesuatu perasaan yang lain. Sebenarnya aku sukakan seseorang. Tapi aku tak mempunyai keberanian untuk menyatakan hal itu kepada tuan badan, sebab aku sendiri tidak pasti samaada perasaan ini bersifat hanya sementara, iaitu hanya suka-suka, atau perasaan ini akan tertanam lama sehingga ia menumbuhkan rasa cinta kepada lelaki itu. Tambahan pula aku yakin bahawa lelaki tersebut menyimpan perasaan pada rakan kelasku. Lagi pun mereka sudah lama berkenalan, sejak dibangku sekolah. Walaupun rakanku itu menyatakan bahawa dia tidak menyimpan perasaan pada lelaki tersebut, tapi dalam hati si jejaka, siapa yang tahukan.. hemmm aku sudah banyak kali menyatakan,,, ‘alangkah seronoknya jika lelaki itu juga menyukakan aku’. Tapi apakan daya, apabila aku kenangkan kembali tingkah laku ku yang tidak berapa seperti wanita lain, membuatkan aku hanya mampu berdoa dan simpan rasa itu, dalam-dalam.. jauh disudut hati.


Aku juga tidak berani untuk memasang niat untuk rapat dengannya lebih dari seorang kawan. Mungkin disebabkan caraku yang sempoi ini, lagian pula, rakan baikku seorang lelaki yang ku kenal semenjak ditingkatan 6 lagi, turut menyatakan “ kau perempuan ke?” hal ini telah menambahkan lagi ketidakyakinan ku untuk berterus terang. Memang benar, jika dilihat dari sudut pemakaian, aku tidak lah seperti lelaki atau si tomboy yang ingin menjadi lelaki, tapi gerak gayakan apabila bercakap dan berjalan, nampak seperti si kasar yang menyarungi jasat seorang perempuan. Dilemma ini akan terus bersarang dalam benakku sehingga lah aku punya jawapan dari si dia itu sendiri. Sekian. 


No comments: