Uda's n Dara's ,, TQ cz be my follower,, harap ya boleh kenal kamu semua dengan lebih rapat!!

Friday 17 May 2013

kuro the black cat


KUCING HITAM


Aku…….. kucing hitam. Didadaku ada setompok kecil bewarna putih. Hidupku kadangkala dipuja orang dan selalu juga dihina manusia. Aku tak faham kenapa perlu begitu. Mungkinkah kerana warna buluku? Itu tak masuk akal. Warna, bukanlah pilihanku. Itu warna yang diberi pencipta buatku. Jadi, aku terima seadanya. Selama ini, aku hidup penuh dengan dugaan. Mungkin dugaan itu ada yang sama seperti kucing-kucing lain. Dan ada juga yang berbeza. Disebabkan warna buluku hitam, ramai diantara manusia yang takut untuk menjinakkanku. Itu salah aku ke? Kadangkala aku rasa sunyi sangat. Tiada teman, tiada tuan. Teringin juga ingin merasa kasih sayang seorang manusia. Tapi mungkin hajatku tak kesampaian. Sedih betul bila terfikirkan hajat yang itu.

Tiba-tiba datang seorang manusia. Lelaki, berbaju labuh dan berpayung. Kebetulan hari itu hujan dan aku sangat lapar. Tapi tiada tempat untukku pergi. Maka aku duduk sendirian di pondok buang sampah. Plastik-plastik sampah dipondok  ni semuanya sudah diangkat pergi oleh lori pengutip sampah, maka memang tiada apa yang boleh aku cari untuk dijadikan santapan aku untuk menghilangkan rasa lapar ni. Lelaki berbaju labuh itu tiba-tiba membongkokkan badannya dan menghulurkan aku air susu. Aku terkejut dan berasa sangat berterima kasih. Dia tunggu aku sampai aku habis menjilat air susu tu. Lepas tu dia peluk aku dalam dakapannya dan berlalu pergi. Aku hairan. Kemana agaknya manusia ini ingin bawa aku? Dadaku berasa berdebar-debar. Dia memelukku erat. Terasa hangat tubuhnya. Selesa betul.

Tiba-tiba dia berhenti. Di depan mataku terbina bangunan besar yang bernama rumah tesergam indah. Tetapi sunyi bagai tiada penghuni. Manusia itu membuka pintu pagar dan meneruskan perjalanan masuk kerumahnya. Dia meletakkan aku ke lantai untuk mengunci pintu rumahnya. Aku memang tergamam dengan keindahan dalam rumahnya. Tak pernah terfikir akan dapat masuk kerumah yang seperti ini. Bagaikan mimpi. Dia berjalan meninggalkan ku untuk ke suatu sudut rumahnya. Aku tidak pasti kemana dan aku juga tidak mengikutnya untuk ke sudut itu. Hanya memerhati dari jauh sambil membuat andaian yang berbagai.

Aku jadi khusuk melihat keindahan didalam rumahnya. Dan waktu inilah lelaki itu muncul didepanku. Terus  membawa ku ke sudut tadi. Bilik itu rupanya bilik mandinya. Bilik mandi itu terasa hanyat. Ada hembusan hanyat menyapa kulitku. Melihat keadaanku yang agak kotor, dia memandikanku dengan begitu lembut. Selepas memandikanku dia membawa aku ke suatu sudut yang lain. Disudut ini dia mengeringkan buluku. Dan luka-luka dikaki dan tanganku disapunya ubat. Ubat itu agak pedih sedikit. Tetapi apabila memandang senyumannya, kepedihan itu bagai hilang. Dan tidak terasa lagi.
Semenjak dari itu, aku diberi nama, Kuro. Yang bermaksud hitam. Aku dijaga rapi dan dimanjai. Terasa begitu dikasihi. Sehinggalah suatu hari tuanku pergi dan tak kembali. Semenjak dari itu, tiada lagi yang ingin membelaiku dan menghulurkan cebisan makanan buatku. Aku mengerti akan kehilangan. Akan tetapi aku sentiasa menunggunya kembali untuk mengambilku pergi. Sehinggalah suatu ketika, hajatku kesampaian. Tuan datang bersama senyumannya dan memelukku pergi. Semenjak hari itu aku tiada lagi didunia ini.
~Kuro~

                                 TAMAT

Wednesday 8 May 2013

kemalasan yang teserlahhh

     assalam all... haishhh malas betol nak g kelas hari ni. almaklumlah,, aku baru je balek bercuti seminggu kat jengka (tempat kelahiran ku) so,, perasaan masih bercuti 2 still tebal dalam diri.. ala~~ seminggu je pon, tp still rase x puas bercuti. = ='. pagi tadi aq sampai kampus lebih kurang jam 8:30pg. (so skip 1 kelas.... -> kelas ECOM1) huhu sorry la madam,, bus lambat( bus jugak dipersalahkan). so next kelas jam 11. yang ni aku memang kene pergi. takot turn aku present pg ni tok kelas etnik. ( but x present pon lg.. = =lll penat betol dpt no kumpulan yg lmbt present camni). jap lagi jam 3:30, last class for today. class IR( international reletion). 

     dlm kelas etnik td, lec ade ckp, kelas sampai 29,, mean kami xde cuti study week.. aiiii bengang betol!!! tp,,,, xpe,, akan ku usehe jugak utk mencari cuti... but kalau memang ttp xde 2,, so redho je la,, T^T.. sob sob.. 




Wednesday 1 May 2013

New recipe


New recipe …..

Assalamualaikom. Yoo yoo all.. whatsup? Harini 1/5/2013 bersamaan hari pekerja dan merupakan hari aku cuti untuk seminggu,, haha biasa la ,, kan dekat nak mengundi. So UUM bagi student die abik kampong for mengundi. But aq x mengundipon,, belom cukop umo. Tp now I’m not talking about PRU, but I’m now want to show u new recipe. Sedop woo… manenye,, ayam…………… (emm aku x terfikir pulak ape nama recipe ni… huhu)

X susah pon.. just perlukan ayam, orange , limau nipis, gula perang @gula merah , garam, honey , bawang putih, bawang besar and cili merah(yang pedas 2 ye,, bukan cili besar.. huhu)

First,, pastikan bahan2nya ada. Kang jadilah macam aku yang terpakse merempit untok cari gula perang. Last2 jumpa gula merah.. okehhh boleh la daripada xda.

Okeyyy,, bila semua bahan dah ada, tiba lah masa untuk membuat sos marinade untuk ayam nih. Ambik cili merah (dalam 10 ulas) , bawang besar sebiji, beberapa ulas bawang putih , jus limau (orange) , jus limau nipis dan ginger sepotong. Kerat-kerat basoh dan masokkan kedalam mesen mengisar. Tambah madu ( agak-agak 1 sudu besar) garam dan kicap. Pastu blander . siap blander campurkan adunan tadi dengan gula merah. Masukkan ayam kedalam plastic dan masukkan sekali sos marinade . dan gaulkan hingga sebati. Perapkan ayam tu dalam sejam. (lagi lama lagi best) lepas 2 grill lahhhh.. dan keputusannya seperti d bawah.. huhu