Uda's n Dara's ,, TQ cz be my follower,, harap ya boleh kenal kamu semua dengan lebih rapat!!

Thursday 16 August 2012

Perkara-perkara Yang tidak Disukai Time Puasa


perrrhhhh........ penatnya!!! baru balik dari Temerloh with my mom and my big younger bro. woo woo mata pun udah ada ngantuk .. aiyoo
okeh sebelom terlupa, den nak ucapkan ucapan yang paling istimewa untuk para follower’s yang baik hati dok follow @ usha2 den punyo blog nih. Assalamualaikom Oullss,, hi what’s up Uda’s & Dara’s.. (haha macam biasalah trek mark den.. tapi yang penting bersedekah itu  lebih afdal,,amalan mulia tuh.. huhu )
okeh hari ni den nak bincang sikit tentang “Perkara-perkara yang ramai orang tak suka time bulan puasa”.
1.    Bunyi mercun.

 aiyoo,,, memang sakit hati kalau setiap malam dengar bunyi mercun. Sometime confius juga aku asal puasa je mesti ada bunyi mercun. So apesal? (
Ce bagi tahu aku jap,, memang wajib yea time malam2 ramadhan mesti kena bakar mercun-mercun yang dari volume slow to volume kuat? Dari mercun bawang to mercun ketupat?mercun bola?) yang paling tak best , diaorang ni main mercun time orang nak solat terawih. (wei,,, aku tao la hampa2  tak pandai nak solat terawih,tapi jangan dok tunjuk sangat yang hampa suma tak pandai n tak beradap) . orang lain nak solat, menghadapkan diri pada Yang Esa( amboi ayat aku…) korang pulak buat kacau dengan bunyi-bunyian yang menyentap jantung orang lain.(kang tak pasal-pasal ada yang “balek” awal sebab sakit jantung).
selain tu, kekadang diorang ni terlajak pandai, bila main mercun mesti nak baling kat jalan raya.(
kenapa perlu main kat jalan raya? Ha!!! Yang ni lagi satu persoalan yang tak dapat dihuraikan oleh diriku sendiri,, haha). Korang tahu, perbuatan ni telah menyusahkan orang lain yang lalu lalang kat situ. Buatnya korang terbaling kat pak imam, tak ke naya orang tua tuh,, tak pasei2 tak jadi terawih malam tuh (adoii,, panjangnye celoteh,, haha)

2.    Berpakaian seksi @ mencolok mata:-

well, aku ni tak la muslimah sangat, tapi Alhamdulillah sekarang aku terasa di ‘guard’ untuk ke arah muslimah sejati. Huhu . but bukan tentang aku yang kita nak bincangkan nih,tapi tentang sesetengah hamba Allah , bila puasa pun nak “ber-seksi” dengan mendedahkan aurat. (
sometime terfikir jugak, diorang nih nak tunjuk aurat pada siapa? Haha pelik!!!) mention to kaum hawa,tak payah lah susah-susah nak mendedahkan aurat sana-sini, sebab semua kaum hawa adalah sama. Apa yang korang ada, kaum hawa yang lain pun ada. (Tak payah aku nak explain lah,, korang pun paham kan) . and kaum adam pun kena beringat, aurat kamu dari mana hingga ke mana, jangan ingat kaum hawa je yang ada aurat,,ye!!! So haruslah kita saling beringat-ingat…

3.    Budak main basikal:-

eh,,,, aku confius lagi sekali. Memang trend sekarang kot budak-budak main basikal time malam-malam hari. (
yelah,, time siang tak boleh main,, penat berpuasa). Bila aku balik terawih je mesti terserempak dengan budak-budak main basikal dengan berpakaian melayu. Tapi yang peliknya masa solat tadi, tak ada pun budak-budak join isya’ & terawih sesame. Aiyaa bawak basikal dalam gelap,nasib tak kena langgo dek kerete. Kang tak sempat raya ,,baru tahu.

4.    Kenderaan banyak kat jalan raya:-

truly from bottom of my heart. Aku tak suka keluar Bandar time hampir nak raya. Sebab, pertama jalan raya akan sibuk sesibuknya. Lepas tu mesti susah nak dapat parking and after that banyaklah barang (
keperluan & kehendak) yang tak akan dapat…. Kalau korang perasan la, kekadang tu pengguna jalan raya nih( khusus yang bawak kereta bosar-bosar) , diorang ni naik kereta tu sorang2 je,, tapi bawak kereta jenis besar, contohnya Avanza,citra and sebagainyalah. Weihh kalau nak naik sorang, baik naik motor. Tak lah mengganggu sangat pergerakan jalan raya. Yelah,kalau nak naik bas karang susah pulak, sebab banyak barang nak beli,, (baju raya,seluar raya,kasut raya, kuih raya), takut karang ada yang tercicir.. tapi kalau setakat keperluan untuk seorang. Naik motor pun boleh. Kalau motor 2 xde raga, bawaklah beg. Kan senang. Ni kenapa mesti naik kereta jugak??? Okeh!! Pelek lagi..
Haha okeylah korang.. sampai sini jelah edisi kali ini, bagi sesiape yang terasa tu.. den minta ampun lah ye dari muncung tudung hinggalah ke hujung kasut. Semua yang diatas tu hanyalah untuk beringat-ingat sesame kita. Haha okeh okeh,, den nak p main game pulak,nak leveling character2 aku tuh.. k byebye wassalam and selamat beraya~~~~



No comments: