HUKUM ORANG ISLAM MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN UCAPAN SELAMAT
BERSEMPENA PERAYAAN AGAMA BUKAN ISLAM:
credit to : Oh! Media
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam
Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam.
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan
perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf
agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh
Islam.
2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar
kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan
perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-
alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya
kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan
syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta
tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman
ucapan tersebut.
Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-mengucapkan-
tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-
No comments:
Post a Comment