Aku seorang
Lady
Aku seorang lady~
Aku bertudung bukan bermakna aku
seorang yang santun,
Aku bertudung bukan bermakna aku
seorang yang terlalu bersopan,
Aku bertudung kerana imanku
Dan aku juga punya hati, yang harus
dijaga oleh mu…
Wahai
kaum adam~~~
Aku
seorang lady. Kalau nak diikutkan dari gerak geri aku, aku ni bukanlah lembut
sangat orangnya. Malah aku bukannya seperti wanita lain yang bisa membuat kerja
rumah dengan perfect. Aku ni seorang perempuan yang lagak hidup hanya seperti
sempoi dan selambe. Tapi jauh sekali seperti tomboy, atau lelaki. Kalau diikutkan
memang susah orang lain nak tengok aku berpakaian seperti wanita lain. Plus,
aku juga seorang siswi di salah sebuah university di Malaysia ni yang
menekankan ‘aspek’ skema dalam cara pemakaian. Untuk aku mengenakan baju kurung di badanku
memang susah, sampaikan roommate aku dah penat lidah menasihatiku untuk
memakai baju tradisi kaum ku sendiri. Bukannya aku tidak suka atau aku tiada
baju kurung. Sebenarnya di dalam almari pakaianku dirumah, banyak baju kurung
yang telah digantung kemas, tapi ianya biasa dipakai apabila menjelang raya dan
kenduri sahaja. Maka, dari perspektif orang lain, khususnya kaum adam, aku rasa
aku bukanlah calon pilihan mereka untuk di jadikan suri dalam hati, kerna aku
tidak berapa mempunyai ciri-ciri sebagai wanita mitsali. Tapi itu tidak bermakna
hatiku boleh dirabak dengan perkataan dan perbuatan mu.
Sebenarnya
hal ni, membuatkan aku terfikir, bagaimana untuk aku serlahkan diri ku dimata
kaum adam. Bukan untuk menggoda atau mengiurkan mereka dengan lagak
keperempuananku, tapi untuk memberi tahu mereka bahawasanya aku juga punya hati
seperti wanita lain. Yang harus dijaga dengan penuh kasih sayang. Dalam masa
yang sama aku juga terfikir, adakah aku berfikiran begini kerana umurku sudah
masuk kealam kematangan bagi seorang perempuan ataupun hanyalah satu persoalan
yang tiba-tiba muncul dikelapangan waktu. Tapi aku tak dapat nak merongkai
pertanyaan itu sendirian ketika ini.
Anyway,
sekarang ni aku sedang mengalami sesuatu perasaan yang lain. Sebenarnya aku
sukakan seseorang. Tapi aku tak mempunyai keberanian untuk menyatakan hal itu kepada
tuan badan, sebab aku sendiri tidak pasti samaada perasaan ini bersifat hanya
sementara, iaitu hanya suka-suka, atau perasaan ini akan tertanam lama sehingga
ia menumbuhkan rasa cinta kepada lelaki itu. Tambahan pula aku yakin bahawa
lelaki tersebut menyimpan perasaan pada rakan kelasku. Lagi pun mereka sudah
lama berkenalan, sejak dibangku sekolah. Walaupun rakanku itu menyatakan bahawa
dia tidak menyimpan perasaan pada lelaki tersebut, tapi dalam hati si jejaka,
siapa yang tahukan.. hemmm aku sudah banyak kali menyatakan,,, ‘alangkah
seronoknya jika lelaki itu juga menyukakan aku’. Tapi apakan daya, apabila
aku kenangkan kembali tingkah laku ku yang tidak berapa seperti wanita lain,
membuatkan aku hanya mampu berdoa dan simpan rasa itu, dalam-dalam.. jauh
disudut hati.
Aku juga
tidak berani untuk memasang niat untuk rapat dengannya lebih dari seorang
kawan. Mungkin disebabkan caraku yang sempoi ini, lagian pula, rakan baikku
seorang lelaki yang ku kenal semenjak ditingkatan 6 lagi, turut menyatakan “
kau perempuan ke?” hal ini telah menambahkan lagi ketidakyakinan ku untuk
berterus terang. Memang benar, jika dilihat dari sudut pemakaian, aku tidak lah
seperti lelaki atau si tomboy yang ingin menjadi lelaki, tapi gerak gayakan
apabila bercakap dan berjalan, nampak seperti si kasar yang menyarungi jasat
seorang perempuan. Dilemma ini akan terus bersarang dalam benakku sehingga lah
aku punya jawapan dari si dia itu sendiri. Sekian.
No comments:
Post a Comment