KUCING HITAM
Aku…….. kucing hitam. Didadaku
ada setompok kecil bewarna putih. Hidupku kadangkala dipuja orang dan selalu
juga dihina manusia. Aku tak faham kenapa perlu begitu. Mungkinkah kerana warna
buluku? Itu tak masuk akal. Warna, bukanlah pilihanku. Itu warna yang diberi
pencipta buatku. Jadi, aku terima seadanya. Selama ini, aku hidup penuh dengan
dugaan. Mungkin dugaan itu ada yang sama seperti kucing-kucing lain. Dan ada
juga yang berbeza. Disebabkan warna buluku hitam, ramai diantara manusia yang
takut untuk menjinakkanku. Itu salah aku ke? Kadangkala aku rasa sunyi sangat. Tiada
teman, tiada tuan. Teringin juga ingin merasa kasih sayang seorang manusia. Tapi
mungkin hajatku tak kesampaian. Sedih betul bila terfikirkan hajat yang itu.
Tiba-tiba
datang seorang manusia. Lelaki, berbaju labuh dan berpayung. Kebetulan hari itu
hujan dan aku sangat lapar. Tapi tiada tempat untukku pergi. Maka aku duduk
sendirian di pondok buang sampah. Plastik-plastik sampah dipondok ni semuanya sudah diangkat pergi oleh lori
pengutip sampah, maka memang tiada apa yang boleh aku cari untuk dijadikan
santapan aku untuk menghilangkan rasa lapar ni. Lelaki berbaju labuh itu
tiba-tiba membongkokkan badannya dan menghulurkan aku air susu. Aku terkejut
dan berasa sangat berterima kasih. Dia tunggu aku sampai aku habis menjilat air
susu tu. Lepas tu dia peluk aku dalam dakapannya dan berlalu pergi. Aku hairan.
Kemana agaknya manusia ini ingin bawa aku? Dadaku berasa berdebar-debar. Dia memelukku
erat. Terasa hangat tubuhnya. Selesa betul.
Tiba-tiba
dia berhenti. Di depan mataku terbina bangunan besar yang bernama rumah tesergam
indah. Tetapi sunyi bagai tiada penghuni. Manusia itu membuka pintu pagar dan
meneruskan perjalanan masuk kerumahnya. Dia meletakkan aku ke lantai untuk
mengunci pintu rumahnya. Aku memang tergamam dengan keindahan dalam rumahnya. Tak
pernah terfikir akan dapat masuk kerumah yang seperti ini. Bagaikan mimpi. Dia berjalan
meninggalkan ku untuk ke suatu sudut rumahnya. Aku tidak pasti kemana dan aku
juga tidak mengikutnya untuk ke sudut itu. Hanya memerhati dari jauh sambil
membuat andaian yang berbagai.
Aku
jadi khusuk melihat keindahan didalam rumahnya. Dan waktu inilah lelaki itu
muncul didepanku. Terus membawa ku ke sudut
tadi. Bilik itu rupanya bilik mandinya. Bilik mandi itu terasa hanyat. Ada hembusan
hanyat menyapa kulitku. Melihat keadaanku yang agak kotor, dia memandikanku
dengan begitu lembut. Selepas memandikanku dia membawa aku ke suatu sudut yang
lain. Disudut ini dia mengeringkan buluku. Dan luka-luka dikaki dan tanganku
disapunya ubat. Ubat itu agak pedih sedikit. Tetapi apabila memandang
senyumannya, kepedihan itu bagai hilang. Dan tidak terasa lagi.
Semenjak
dari itu, aku diberi nama, Kuro. Yang bermaksud hitam. Aku dijaga rapi dan dimanjai.
Terasa begitu dikasihi. Sehinggalah suatu hari tuanku pergi dan tak kembali. Semenjak
dari itu, tiada lagi yang ingin membelaiku dan menghulurkan cebisan makanan
buatku. Aku mengerti akan kehilangan. Akan tetapi aku sentiasa menunggunya
kembali untuk mengambilku pergi. Sehinggalah suatu ketika, hajatku kesampaian. Tuan
datang bersama senyumannya dan memelukku pergi. Semenjak hari itu aku tiada
lagi didunia ini.
~Kuro~