Uda's n Dara's ,, TQ cz be my follower,, harap ya boleh kenal kamu semua dengan lebih rapat!!

Thursday, 5 April 2012

jom solat dhuha..^^

Hi assalamualaikom kamu semua.. pagi yang indah hari ni kan. Em pagi yang sungguh nyaman untuk beribadah kepada Allah. Sebenarnya tadi Ya baru siap menunaikan solat sunat Dhuha. Solat sunat ni sangat bagos dan banyak kelebihan. X caye??? Try search link ni..


Tambahan pula, solat ni mudah saje. Cuma 2 rakaat seperti solat sunat yang lain.
Cuba kita perhatikan setiap baris doanya
 Ertinya: dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Segala puji bagi Allah. Tuhan yang mentadbir sekelian alam, sebagai puji yang banyak , daripada hamba Mu ya Allah.
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya waktu dhuha, dhuhaMU. Cahaya pagi,cahaya Mu. Dan pemerliharaan, pemerliharaanMu.
Wahai Tuhan kami, jika ada rezaki kami dilangit turunkanlah ia, jika adalah di bumi, keluarkanlah ia, jika adalah sukar,maka permudahkanlah, jika adalah ia haram, maka persucikanlah ia, jika adalah ia jauh, maka perdekatkanlah. Jika adalah ia sedikit, maka perbanyakkanlah ia , dengan hak dan waktu dhuhaMu. Dan cahaya pagiMu , dan keelokanMu, dan kekuatanMu, dan pemeliharaanMu. Berikanlah kepadaku barang telah Engkau berikan kepada hambaMu yang soleh.
Dan selawat dan salam keatas penghulu kita Muhammad, dan keatas ahli keluargs Baginda dan sahabat Baginda semuanya. Dan segala puji itu bagi Allah , Tuhan yang mentadbir sekelian alam.

Kalau kita perhatikan baris ayat dalam doa solat dhuha, memang kita akan rasa selesa. Kerana, dalam doa tu, betul2 dapat membantu kita dalam meminta pertolongan Tuhan. Dan ia membuat kita berasa kerdil bila berhadapan dengan –Nya. Tapi setiap yang kita minta, mesti ada usahanya klw inginkan ianya dimakbul Allah,, betol x???
Ala… macam kita la, kalau kita nakkan sesuatu dari mak ayah kita, kita mesti bersungguh-sungguhkan. Xkan la nak buat separuh hati, mesti xdapat punya ape yang kita nak kan.. huhu so sama la kalau kita berdoa kepada Allah. Mesti buat sungguh-sungguh dan kita kena buat selalu. insyaAllah doa kita diperkenankan olehNya. Amin. 



No comments: