Obesiti Antara Tanda Awal Penyakit
Kronik
HARI ini pemeriksaan kesihatan ataupun saringan
kesihatan sangat penting bagi setiap individu agar sentiasa peka terhadap
perkembangan tubuh badan sendiri dan tidak mengambil mudah mengenai isu
kesihatan.
Tambahan pula pelbagai penyakit mudah menyerang
mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Begitu juga dengan sindrom metabolik. Ia dipercayai
berpunca daripada berat
badan yang berlebihan (obesiti), ukur lilit perut yang berlebihan (buncit), hipertensi, paras kolesterol
yang tinggi (hiperkolesterolemia) dan peningkatan paras glukos dalam darah
(diabetes atau prediabetes).
Kesemua penyakit yang disenaraikan di atas adalah
kombinasi masalah perubatan yang menjurus kepada sindrom metabolik dan ia
secara tidak langsung merupakan ancaman kesihatan yang membimbangkan.
Menurut Pakar Perubatan dan Endokrin, Hospital
Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir, lazimnya pesakit tidak menyedari diri
mereka menghidap sindrom metabolik.
Ini kerana, katanya, sindrom ini tidak mempunyai
tanda-tanda khusus melainkan dengan kehadiran pelbagai penyakit kronik yang
dihidapi oleh penghidap yang menyebabkan kepada kewujudan sindrom tersebut.
“Sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai
tiga daripada lima komponen penyakit yang dinyatakan, mereka ini akan
dilabelkan sebagai penghidap sindrom metabolik.
“Selalunya, sama ada seseorang itu mempunyai
sindrom metabolik atau tidak, beberapa persoalan perlu ditanya kepada diri
sendiri,” katanya ketika ditemui sempena Minggu Kesihatan, di hospital
berkenaan baru-baru ini.
Tambah beliau lagi, seseorang cenderung menghidap
sindrom metabolik jika mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 80 sentimeter
(sm) bagi perempuan dan 90 sm bagi lelaki.
Kebiasaannya penghidap sindrom ini mempunyai gaya
hidup yang tidak sihat akibat kurang atau tiada masa melakukan senaman.
Faktor lain yang menyumbang kepada sindrom tersebut
adalah peningkatan umur, berat badan berlebihan, sejarah keluarga, perokok, pemakanan yang tidak sihat serta cara hidup yang tidak sihat.
Mengulas lanjut mengenai sindrom ini,
menurut Dr.
Shaharuddin, kajian kesihatan yang dilakukan pada tahun 2006 mendapati dua
daripada lima orang dewasa ataupun 43 peratus rakyat Malaysia mempunyai masalah
berat badan berlebihan.
Bagi kategori remaja yang berumur antara 12 hingga
18 tahun pula, sebanyak 38 peratus mempunyai masalah berat badan berlebihan.
Ulas beliau lagi, semua individu yang mempunyai
masalah sindrom metabolik memerlukan motivasi bagi mengubah gaya hidup yang
lebih sihat.
Beliau turut menasihatkan individu yang mempunyai
sejarah keluarga seperti masalah jantung, hipertensi dan diabetes supaya segera
mendapatkan rawatan kerana mereka berisiko tinggi untuk mewarisi sindrom
tersebut.
“Jika ada individu yang menghidap sindrom ini,
segeralah jalani pemeriksaan doktor dan sentiasa awasi kesihatan secara
berterusan.
“Bagaimanapun, sindrom metabolik ini tidak
semestinya dihidapi oleh mereka yang obes dan ada kebarangkalian mereka yang
bertubuh kurus turut menghidap sindrom ini,” tambahnya lagi.
Justeru,
katanya, bagi mengelak masalah lebih parah, pesakit digalakkan mengambil
makanan yang sihat dan tingkatkan aktiviti fizikal mereka – UTUSAN
mira say: so what you all waiting for?? jom dapatkan set PB yang sudah terbukti membantu mengurangkan kolestrol tanpa perlu berdiet.CALL ME now untuk keterangan lanjut.
014-8311173